entry kali ni tiru entry blog mr.ijat (boleh click sini).
Friday, August 5, 2011
~FINALLY~
entry kali ni tiru entry blog mr.ijat (boleh click sini).
Sunday, July 3, 2011
~100 KEBAIKAN BERBANDING 1 KEBURUKAN.. MENGAPA MEMANDANG PADA KEBURUKAN??
Hati tak tenang, otak terfikir-fikir berita yang tengah HOT dlm paper skang ni. charp taw most of orang kat luar sana tau tentang perhimpunan yang akan dibuat pada bulan Julai ini. pertamanya, charp nak ucapkan tahniah dan nk lahirkan rasa kasihan pada mereka yang menyertai..
Pesanan kepada yang beria-ia nk join perhimpunan itu dan pada mereka yang sangat menentang kerajaan Malaysia:
1) kalau anda3 ada anak yang bersekolah dimana-mana SEKOLAH KEBANGSAAN atau SEKOLAH MENENGAH kerajaan, sila daftar keluar anak anda dari sekolah berkenaan dan carilah sekolah swasta untuk mereka.
2) kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti UM, UTM, UPM, UKM, UiTM dan yang lain-lain, sila daftar keluar sekarang sebab korang da byk abiskan duit kerajaan. cukup banyak subsudi yang kerajaan dah bagi terutama sekali UiTM!
3) kepada pemegang biasiswa JPA atau apa-apa sahaja biasiswa kerajaan, sila pulangkan kembali duit yang korang dah pakai dan pergi mintak biasiswa lain.
4)kepada pekerja kerajaan, sila berhenti kerja dan cari kerja lain.
5)kepada yang dapat bantuan perumahan, sila keluar dari rumah tersebut dan beli rumah sendiri.
Banyak lagi sebenarnya yang kerajaan dah berikan kesenangan kepada rakyat. kalau minyak naik je, sume nak bising tapi korang taw tak yang dah banyak kerajaan tanggung subsidi dari harga minyak yang sebenar??? tahu?? bil elektrik naik pon nak kecoh satu dunia. tapi sebelum ini ada korang bersyukur dengan subsidi yang kerajaan bagi? kalau bukan kerana kerajaan, belum tentu kita hisup senang seperti sekarang. mungkin tahap kite dengan negara kurang maju yang lain sama je tanpa kerajaan.
Malas la nak cakap banyak2 sebab korang pon bukan akan sedar pon. kepala masing2 suma dah kena block dengan mereka2 yang nak lihat kehancuran MALAYSIA. pikirla balik. kalau korang cakap banyak keburukan kerajaan, kenapa korang xpandang perkara yang baik pulak? kenapa mesti fikir secara negatif? Islam pun selalu mengajar kita semua untuk berfikir secara positif. kalau korang rasa PERHIMPUNAN itu satu yang positif, buktinya dah ada la.. banyak kerosakkan, kerugian dan kecederaan yang berlaku. positif kah? adakah cara seperti ini yang akan mengamankan negara?
Tidak semua orang sempurna. kerajaan kita juga xsempurna. tapi beribu lebih baik dari yang lain. korang pon bukan sesempurna mana. kalau korang rasa nk duduk dibawah pimpinan selain dari kerajaan sekarang, tunggu charp mati dulu. tak sanggup untuk menghadapi zaman kemusnahan MALAYSIA..
*biarkan malaysia aman!
Saturday, July 2, 2011
~ORANG LAIN KERJA... CHARP??
hello pada mereka-mereka yang sudi membaca. hello jugak pada orang yang memaksa charp mengupdate blog ni.. dah banyak sawang katanya. whatever la.
cuti semester kali ini agak lama la bagi student degree. makan masa hampir 4 bulan.. wahhh!!! teruja sangat bila dapat tahu. dalam masa yang lama ni mesti boleh kerja dan dapat gaji banyak3!!! most of us plan nak kerja macam2.. charp ni macam biasa la, CIKGU! teruja untuk jumpe pelajar-pelajar baru dan mengukir memori baru.. tapi semuanya tidak kesampaian kerana charp dan beberapa rakan yang lain dikenhendaki berada di kolej lebih kurang sebulan lebih atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. what to do? bak kata orang, tanggungjawab kan.. kene la kita laksanakan.. tapi seronok jugak sebab dapat spend time dengan MAMA, KAK LONG, KAK NGAH, KAK UCUK, KAK LANG a.k.a BIBIK, KAK SU serta jiran tetangga.
sebelum balik UPM on 13 June yang lalu, ntah dari mana datang angin kerajinan yang melampau sampai membuatkan charp melekat je kat dapur tu. mencuba pelbagai resepi untuk santapan ahli keluarga.. berkat sokongan padu abah, mama & adik, dapatlah charp siapkan beberapa hidangan buat mereka.. walau bagaimanapun, sekarang ni masih ditahap beginner. masih belajar untuk menjadi sempurna. GEYTHOO!!
antara cubaan charp:
Saturday, April 2, 2011
~TERKEJUT & TERKEJUT & TERKEJUT~
fuuuhhh... first of all nak memanjat kesyukuran sebab semua assignment dah siap dibuat dan dihantar. lepas ni tak ada la nak pening-pening kepala ble da sampai due date. tak dinafikan untuk menyiapkan assignment prof norhasni membuatkan kami satu class semacam kegilaan.. so, bila dah siap tu mmg happy gila la.. ada lagi satu assignment yang membunuh gak iaitu kami kena pertontonkan sketsa dr setiap kumpulan.. hari2 berlatih sketsa (dah macam FESTIK pulak). tapi memang memberansangkan lah persembahan dari kumpulan kami.. gembira apabila mendengar gelak tawa classmate yang menonton. gembira dapat menghiburkan mereka dan juga Pn. Wan Anita.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

26 Mac merupakan tarikh keramat bagi kami crew2 FESTARI KOLEJ KEDUA. charp merupakan AJK Publisiti. wow! publisiti lah sangat kan? seronok bekerja untuk festari dan berangan untuk menjadi penari festari tahun depan.. ahahah~ 2 hari sebelum hari kejadian, charp ke UKM dengan beberapa crew yang lain untuk ambil baju yang kami sewa dari sana. agak murah jugak la sewa dengan diorng. esoknya pula, charp dan K.afiq pergi cari tudung untuk penari dekat area MINES tu. OMG! punyalah susah nak mencari tudung itu. tawaflah kami dekat downtown tu. mmg penat la. dah tak boleh tangguh hari lain dah sbb pertandingan nye esok malam sahaja. mmg dah tak ada masa. bila dah jumpa tu, kitorng cepat2 balik kolej. esoknya pula time rehearsal kat panggung percubaan, charp pon hantar mereka dan selepas tu kami lunch bersama2.. ok! seronok! happy! petang tu pulak, charp jadi makeup artis yang tak bertauliah. ahah~ hancur muka kak bib charp buat. sorry kak bib! huhuhu~ dan mereka telah membuat persembahan yang terbaik. sorakan dari penyokong K2 pun tidak mengecewakan. go K2! charp pon dengan ngada2nye ckp kat all the crew and penari yang charp ni MULTITASKING.. ahahah~ but saya sayang kamu semua~
marilah beramai-ramai menyokong kami~cerita lain pulak la ye.. hurmm. ni cerita terkejut jugak. pada hari jumaat bersamaan 1 April 2011 charp dapat surat dari NATASYA. kak ira yang excited nak baca ni. dia yang bukak dan mempamerkan muka terkejut! kenapa?? rupanya surat perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua. tapi, jawatan yang charp pegang tu langsung tidak pernah ada kena mengena dengan charp sebelum ini. apekah??

bersama resident staff (RS) dan exco keusahawanan JPK SAB
*go HUMINUDUN!









