Showing posts with label suke suki. Show all posts
Showing posts with label suke suki. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

~CERITERA RAMADHAN : 3~

Assalammualaikum.

salam ramadhan, salam keberkatan dan salam usahawan.
apa khabar kawan-kawan? harapnya semua berada dalam keadaan sihat. almaklumlah, sejak akhir-akhir ni ramai yang xberapa nak sihat. ada yang demam, selsema, batuk, lelah dan macam-macam lagi.

sudah setahun lebih charp tinggalka UiTM Segamat dengan seribu kenangan. jarang sekali dapat jumpe dengan rakan2 time diploma dulu. so, bila start cuti semester ari tu charp ada plan ngan yana untuk jumpe2 sebab rindu dah lama xjumpe. tapi sebab buzy n kena balik UPM, mmg susah nk cari masa yang sesuai. kitorng sepakat untuk berjumpa dan berbuka puasa bersama2. kali ni charp buka puasa kat KENNY ROGERS bersama beberapa member yang lain. charp kene gerak awal sebab nk booked tempat. tak nak la jadi macam hari tu, terpaksa tukar tempat lain sbb KENNY ROGERS da penuh.


~charp & yana adalah yang terawal sampai~


~lepas tu mail pulak yang sampai~


~epul sampai dengan andrew bila dah nak berbuka~


~nazira sampai lewat cikit sebab balik keje~



kitorang makan dan borak2 (mcm biase la kan).. tapi mmg tak henti dengan gelak ketawa. happy sangat dah lama xjumpe mereka. sebelum tu nak bagi taw, makanan sampai agak lewat dalam pukol 8 macam 2. sedey jugak la sebab perut dah bunyik2. dah lepas makan tu, yana kena balik so tinggal kami berlima je la. amik2 gamba sikit. singgap balik kenangan time skolah, form 2 la, form 4 la. macam2! sangat seronok! sangat!! sangat seronok!!!!!

harapnya kita dapat jumpa lagi ye kawan2. ingat! kononnye raya ke-4 nak beraya bersama2. InsyaAllah.

SAYANG KORANG!!!




*rupanya aku xla tinggi sangat.

Friday, August 5, 2011

~FINALLY~

Assalammualaikum..

entry kali ni tiru entry blog mr.ijat (boleh click sini).



it's finally mine walaupon xsetanding dengan mr.ijat & mr.syahir punye GALAXY S2

*byk sangat hp best2 skang

Saturday, July 2, 2011

~ORANG LAIN KERJA... CHARP??

Assalammualaikum...

hello pada mereka-mereka yang sudi membaca. hello jugak pada orang yang memaksa charp mengupdate blog ni.. dah banyak sawang katanya. whatever la.

cuti semester kali ini agak lama la bagi student degree. makan masa hampir 4 bulan.. wahhh!!! teruja sangat bila dapat tahu. dalam masa yang lama ni mesti boleh kerja dan dapat gaji banyak3!!! most of us plan nak kerja macam2.. charp ni macam biasa la, CIKGU! teruja untuk jumpe pelajar-pelajar baru dan mengukir memori baru.. tapi semuanya tidak kesampaian kerana charp dan beberapa rakan yang lain dikenhendaki berada di kolej lebih kurang sebulan lebih atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. what to do? bak kata orang, tanggungjawab kan.. kene la kita laksanakan.. tapi seronok jugak sebab dapat spend time dengan MAMA, KAK LONG, KAK NGAH, KAK UCUK, KAK LANG a.k.a BIBIK, KAK SU serta jiran tetangga.

sebelum balik UPM on 13 June yang lalu, ntah dari mana datang angin kerajinan yang melampau sampai membuatkan charp melekat je kat dapur tu. mencuba pelbagai resepi untuk santapan ahli keluarga.. berkat sokongan padu abah, mama & adik, dapatlah charp siapkan beberapa hidangan buat mereka.. walau bagaimanapun, sekarang ni masih ditahap beginner. masih belajar untuk menjadi sempurna. GEYTHOO!!

antara cubaan charp:


kek batik


blueberry cheese tart


apam comel


bingka pandan


cupcakes


tapi, ni sume hanya gamba hiasan tau. bukan lah yang sebenar. kalau charp post gamba yang sebenar, ttw la apa yang jadi nanti.. tp ada lagi satu menu yang charp suka makan tapi belum try lagi.. tadaaaaa!!!!

pai tee kegemaran!

da la.. lapa plak rasanya bila cerita pasal makan je.. nanti charp cerita2 lagi la sebab nk buat cheese tart ni..


*teringin nak makan ni!!



Saturday, April 2, 2011

~TERKEJUT & TERKEJUT & TERKEJUT~

Assalammualaikum kawan-kawan..

fuuuhhh... first of all nak memanjat kesyukuran sebab semua assignment dah siap dibuat dan dihantar. lepas ni tak ada la nak pening-pening kepala ble da sampai due date. tak dinafikan untuk menyiapkan assignment prof norhasni membuatkan kami satu class semacam kegilaan.. so, bila dah siap tu mmg happy gila la.. ada lagi satu assignment yang membunuh gak iaitu kami kena pertontonkan sketsa dr setiap kumpulan.. hari2 berlatih sketsa (dah macam FESTIK pulak). tapi memang memberansangkan lah persembahan dari kumpulan kami.. gembira apabila mendengar gelak tawa classmate yang menonton. gembira dapat menghiburkan mereka dan juga Pn. Wan Anita.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


HRD class 2010/2011 yang disayangi


26 Mac merupakan tarikh keramat bagi kami crew2 FESTARI KOLEJ KEDUA. charp merupakan AJK Publisiti. wow! publisiti lah sangat kan? seronok bekerja untuk festari dan berangan untuk menjadi penari festari tahun depan.. ahahah~ 2 hari sebelum hari kejadian, charp ke UKM dengan beberapa crew yang lain untuk ambil baju yang kami sewa dari sana. agak murah jugak la sewa dengan diorng. esoknya pula, charp dan K.afiq pergi cari tudung untuk penari dekat area MINES tu. OMG! punyalah susah nak mencari tudung itu. tawaflah kami dekat downtown tu. mmg penat la. dah tak boleh tangguh hari lain dah sbb pertandingan nye esok malam sahaja. mmg dah tak ada masa. bila dah jumpa tu, kitorng cepat2 balik kolej. esoknya pula time rehearsal kat panggung percubaan, charp pon hantar mereka dan selepas tu kami lunch bersama2.. ok! seronok! happy! petang tu pulak, charp jadi makeup artis yang tak bertauliah. ahah~ hancur muka kak bib charp buat. sorry kak bib! huhuhu~ dan mereka telah membuat persembahan yang terbaik. sorakan dari penyokong K2 pun tidak mengecewakan. go K2! charp pon dengan ngada2nye ckp kat all the crew and penari yang charp ni MULTITASKING.. ahahah~ but saya sayang kamu semua~



on last tuesday dapat satu call dari pengarah English Drama. dia ckp ada bende yang dia nk bincang dengan charp.. APAKAH?? macam misteri pulak kan?? disebabkan charp tengah ada discussion dengan groupmate, charp jumpa dia agak lewat sikit la. time jumpa dia tu, crew dan pelakon english drama sedang sibuk membuat latihan. dan bermulalah berperbincangan kami. rupanya, dia minta charp jadi one of the actress sbb Kak Amal a.k.a pelakon sebenar ada masalah kesihatan. dan watak itu merupakan one of main character dan tarikh pertandingan adalah ahad minggu depan. fuuuhhhhh.... berfikir...fikir...dan fikir... memikirkan kebaikan dan keburukan menerima tawaran itu dan akhirnya charp terima.. kesian jugak pada pengarah even dia ade lagi 2 orang back up, tapi lagi 2 orang tu pon baru je nak bernafas dengan aktiviti masing2. watak charp ialah HUMINUDUN... cerita ni tentang legend etnik kadazandusun di Sabah. tapi selepas beberapa hari mengikuti latihan, charp rasa charp xmampu nak bawak watak itu.. charp xsehebat orang lain. charp jadi rendah diri dengan pelakon lain sbb diorang suma da hafal skrip. malu pada pengarah, exco dan yang lain2 sebab kena tengok lakonan charp yang kaku tu. OMG! Im so sorry guys! berbekalkan kepercayaan pengarah dan yang lain, charp akan cuba yang terbaik.. by today charp da tak boleh tengok skrip lagi dah.. fuhhh... tapi tetap menerima dengan keredhaan.. kadang kala rasa down pun ada.... pape pun, charp akan try yang terbaik!!!

marilah beramai-ramai menyokong kami~

untuk pengetahuan umum, hari rabu lepas merupakan hari yang charp xnak ingat langsung!!! kenape ea?? charp accident! tapi alhamdulillah lah sebab kejadian itu bukan berpunca dari charp. tapi haru jugak la sebab pintu kereta kemek.. skriting retak dan longgar sikit. charp accident dalam pukol 2.30. pukol 3.30 petang tu charp gerak ke balai polis serdang sebab nak buat report. dalam pukol 4.30 charp ke balai polis seri kembangan cawangan trafik pulak. dekat situ je sampai pukol 6.30. saya sangat penat ok! masalah charp yang skang ni adalah untuk mendapatkan ganti rugi dr saudari yang melanggar kereta charp tu sbb dia refuse nak bayar in the beginning.. charp harap dia pikir balik la tindakan dia tu..

cerita lain pulak la ye.. hurmm. ni cerita terkejut jugak. pada hari jumaat bersamaan 1 April 2011 charp dapat surat dari NATASYA. kak ira yang excited nak baca ni. dia yang bukak dan mempamerkan muka terkejut! kenapa?? rupanya surat perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua. tapi, jawatan yang charp pegang tu langsung tidak pernah ada kena mengena dengan charp sebelum ini. apekah??

EXCO II SEKRITERIAT KEUSAHAWANAN

charp xpernah terlibat dengan apa-apa pun aktiviti sekt keusahawanan sebelum ini.. dan partner charp ialah NAJMI! pada mulanya, hati ini mmg xboleh nak terima. tapi lepas dapat sokongan mama & abah, kawan-kawan kat sini dan kawan-kawan time diploma dulu, charp sedang build up semangat semula. sebenarnya mulai hari itu juga jawatan charp dah berkuat kuasa. hanya mampu minta Allah memusahkan jalan untuk charp menempuhnya. semangat yang tiupkan rakan2 tidak akan charp persiakan. satu bende yang charp rasa nak tergelak dan terharu bila nyuting ckp
"uolz mesti boleh! uolz kan MULTITASKING!"
tiba-tiba teringat zaman kat UiTM dulu masa jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). same je sebenarnya JPK dan MTM ni.


bersama resident staff (RS) dan exco keusahawanan JPK SAB

cerita kali ini pula bukan cerita terkejut. tapi nak selitkan jugak. 28 MAC 2011 yang lalu merupakan birthday salah sorang BILIK TV CREW! happy birthday AIN!!!!! da semakin lanjut usia ko ye. da setaraf dengan IDAH da.. aku doakan kebahagiaan, kemurahan rezeki, kesenangan dalam apa jua yang ko ceburi, dan kejayaan dunia akhirat. dah dapat banyak duit hasil berniaga anda itu, buat2 lah belanja aku kat UPM ni ye.. sekali lagi,

HAPPY BIRTHDAY NUR-AIN FARHANA!!!

*go HUMINUDUN!