Sunday, August 21, 2011

~CERITERA RAMADHAN : 2~

Assalammualaikum..


salam ramadhan, salam keberkatan dan salam usahawan.
diam tak diam, Ramadhan semakin hampir dengan penghujungnya. so, macam mana dengan persiapan raya korang?? charp harap semua nya berjalan lancar la ya. kali ini charp nak kongsi sikit tentang kelebihan bulan mulia ini. mesti ramai yang da tahu dan mingkin agak terlambat perkongsian charp ni, tapi charp nak kongsi jugak. seperti yang semua maklum, terdapat beberapa keistimewaan bulan ramadhan ini. check it out!


1. PINTU NERAKA DITUTUP, PINTU SYURGA DIBUKA
"Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dani diikat syaitan-syaitan"
(riwayat al- Bukhari dan Muslim)


2. PAHALA AKAN DILIPAT GANDAKAN
"Segala kebajikan anak adam dilipatgandakan 700 kali ganda. Allah berfirman kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-KU, dan aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makan minum kerana-AKU"
(hadis riwayat Muslim)


3. PERISAI DARI SEKSAAN
"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan mereka"
(hadis riwayat Imam Ahmad)


4. DOA SANGAT MUSTAJAB

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir"

( hadis riwayat al Bukahri Ahmad dan Tarmizi)


5. DIAMPUNKAN SEGALA DOSA YANG LALU

"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosa yang lalu"
( hadis riwayat an-Nasaie)

6. JAUH DARI API NERAKA

"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari api neraka sejauh perjalanan 70 tahun"

(hadis riwayat al- Bukhari)


7. BEROLEH 2 KEGEMBIRAAN

" ....dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan; iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya"
(hadis riwayat al- Bukahari dan Muslim)


8. SYURGA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yg di sebut ar Rayyan: pada hari Kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorangpun melainkan akan memasukinya"
( hadis riwayat al Bukhari)



marilah sama-sama kita manfaatkan bulan mulia ini dengan amalan-amalan yang berlipat ganda. jangan lah sia-sia kan bulan ini kerana belum tentu kita akan menemuinya lagi tahun hadapan. jom layan lagu ni (click sini)


*semoga dipanjangkan umur dan berpeluang melakukan ibadah puasa di rumah Allah




No comments:

Post a Comment