Saturday, July 23, 2011

~TERBARU DAN TERHANGAT~



Assalammualaikum.. JANG GEUN SUK dan KIM HYUN JOONG! dua-dua lelaki ni memang meninggalkan kesan yang mendalam di hati charp! tapi sekarang charp nak cerita2 sikit tentang KIM HYUN JOONG.
kalau siapa yang tengok cerita BOYS OVER FLOWER mesti kenal siapa KHJ a.k.a Yoon Ji Hoo. seorang yang berambut perang dan sedikit panjang. dalam PLAYFUL KISS pon imej dia agak sama dengan BOF. kalau ada yang masih xkenal, ini dia KHJ...




video


April yang lalu KHJ telah keluar dengan imej yang baru, lebih mantap, hangat dan HOT!! KHJ buat comeback untuk semua fan nye. dengan lagu BREAK DOWN, charp boleh katakan KHJ sangat macho ye sekarang! nampak la kelelakiannya yang selama ini kureng diperlihatkan. dengan hairstyle yang baru, KHJ lebih kemas, smart, handsome dan sekali lagi, MACHO! charp xnak cakap lebih2. korang enjoy la dengan video ni.



video




*macam mana nk buat pilihan ni?

Wednesday, July 20, 2011

~PESANAN IMAM GHAZALI~

Assalammualaikum..

harapnye semua sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan hati yang tenang dan akal yang terang. entry kali ini berlainan sedikit dengan entry-entry yang sebelumnye. charp tak kan story-story macam biasa. cuma nak beri sedikit perkongsian ja... perkara yang charp nak kongsikan ni mungkin ramai yang dah tahu cuma peringatan semula untuk kawan-kawan dan diri sendiri.

terdapat 6 pesanan dari IMAM GHAZALI kepada anak2 muridnya.

1. MATI - ia merupakan sesuatu yang paling dekat dengan kita kerana itu lah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2. MASA LALU - ia merupakan sesuatu yang paling jauh dengan kita. Apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

3. HAWA NAFSU - ia merupakan perkara yang paling besar di dunia. Jadi berhati-hati lah dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

4. AMANAH - ia merupakan sesuatu yang paling berat di dunia. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." (Surah Al-Azab : 72 )

5. TINGGALKAN SOLAT - merupakan sesuatu yang paling ringan di dunia. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

6.LIDAH - merupakan sesuatu yang paling tajam. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


*manusia akhir zaman

Monday, July 11, 2011

~KONGSI~

Assalammualaikum..

kenapa kita perlu berkongsi?
kenapa kita saling memerlukan antara satu sama lain?
kenapa perlu ada sahabat atau kawan?
kenapa perlu ada suami isteri?
kenapa?

kerana kita memang tidak boleh hidup sorang2 je atas Bumi Allah ini. apa akan jadi kalau kita hidup sorang2 tanpa kawan, suami/isteri, adik-beradik dan ibu bapa? Allah menciptakan makhluknya berpasangan kerana Dia tahu setiap dari hambanya memerlukan satu sama lain untuk memberi sokongan dan dorongan. kalau kita lihat KONGSI itu dari satu sudut positif, kita boleh nampak betapa cantiknya perasaan ingin berkongsi dan perkongsian itu sendiri.

selamat berkongsi tapi jangan sampai bocorkan rahsia yang xperlu pula ye kawan2..

*senyum, xperlu kata apa-apa


Friday, July 8, 2011

~TAK BOLEH PATAH BALIK~

Assalammualaikum..

lebih sebulan perkara yang tidak diingini itu berlaku. charp ingat lagi tanggal 23 may yang lalu. charp hilang seseorang yang charp sayang sangat. hilang dalam sekelip mata. tapi charp masih sayangkan dia walau apa pun berlaku. cumanya, charp harap dia akan berubah. adik, kamu da pernah memimpin sesebuah organisasi dalam masa setahun. banyak yang akak rasa adik belajar. mungkin adik terlupa, tapi skang akak nak ingat kan.

DONT JUMP INTO CONCLUSION WHEN U DONT EVEN KNOW THE REAL SITUATION!

*ego yang sangat tinggi

Sunday, July 3, 2011

~100 KEBAIKAN BERBANDING 1 KEBURUKAN.. MENGAPA MEMANDANG PADA KEBURUKAN??

Assalammualaikum..

Hati tak tenang, otak terfikir-fikir berita yang tengah HOT dlm paper skang ni. charp taw most of orang kat luar sana tau tentang perhimpunan yang akan dibuat pada bulan Julai ini. pertamanya, charp nak ucapkan tahniah dan nk lahirkan rasa kasihan pada mereka yang menyertai..

Pesanan kepada yang beria-ia nk join perhimpunan itu dan pada mereka yang sangat menentang kerajaan Malaysia:

1) kalau anda3 ada anak yang bersekolah dimana-mana SEKOLAH KEBANGSAAN atau SEKOLAH MENENGAH kerajaan, sila daftar keluar anak anda dari sekolah berkenaan dan carilah sekolah swasta untuk mereka.

2) kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti UM, UTM, UPM, UKM, UiTM dan yang lain-lain, sila daftar keluar sekarang sebab korang da byk abiskan duit kerajaan. cukup banyak subsudi yang kerajaan dah bagi terutama sekali UiTM!

3) kepada pemegang biasiswa JPA atau apa-apa sahaja biasiswa kerajaan, sila pulangkan kembali duit yang korang dah pakai dan pergi mintak biasiswa lain.

4)kepada pekerja kerajaan, sila berhenti kerja dan cari kerja lain.

5)kepada yang dapat bantuan perumahan, sila keluar dari rumah tersebut dan beli rumah sendiri.

Banyak lagi sebenarnya yang kerajaan dah berikan kesenangan kepada rakyat. kalau minyak naik je, sume nak bising tapi korang taw tak yang dah banyak kerajaan tanggung subsidi dari harga minyak yang sebenar??? tahu?? bil elektrik naik pon nak kecoh satu dunia. tapi sebelum ini ada korang bersyukur dengan subsidi yang kerajaan bagi? kalau bukan kerana kerajaan, belum tentu kita hisup senang seperti sekarang. mungkin tahap kite dengan negara kurang maju yang lain sama je tanpa kerajaan.

Malas la nak cakap banyak2 sebab korang pon bukan akan sedar pon. kepala masing2 suma dah kena block dengan mereka2 yang nak lihat kehancuran MALAYSIA. pikirla balik. kalau korang cakap banyak keburukan kerajaan, kenapa korang xpandang perkara yang baik pulak? kenapa mesti fikir secara negatif? Islam pun selalu mengajar kita semua untuk berfikir secara positif. kalau korang rasa PERHIMPUNAN itu satu yang positif, buktinya dah ada la.. banyak kerosakkan, kerugian dan kecederaan yang berlaku. positif kah? adakah cara seperti ini yang akan mengamankan negara?

Tidak semua orang sempurna. kerajaan kita juga xsempurna. tapi beribu lebih baik dari yang lain. korang pon bukan sesempurna mana. kalau korang rasa nk duduk dibawah pimpinan selain dari kerajaan sekarang, tunggu charp mati dulu. tak sanggup untuk menghadapi zaman kemusnahan MALAYSIA..

*biarkan malaysia aman!

Saturday, July 2, 2011

~ORANG LAIN KERJA... CHARP??

Assalammualaikum...

hello pada mereka-mereka yang sudi membaca. hello jugak pada orang yang memaksa charp mengupdate blog ni.. dah banyak sawang katanya. whatever la.

cuti semester kali ini agak lama la bagi student degree. makan masa hampir 4 bulan.. wahhh!!! teruja sangat bila dapat tahu. dalam masa yang lama ni mesti boleh kerja dan dapat gaji banyak3!!! most of us plan nak kerja macam2.. charp ni macam biasa la, CIKGU! teruja untuk jumpe pelajar-pelajar baru dan mengukir memori baru.. tapi semuanya tidak kesampaian kerana charp dan beberapa rakan yang lain dikenhendaki berada di kolej lebih kurang sebulan lebih atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. what to do? bak kata orang, tanggungjawab kan.. kene la kita laksanakan.. tapi seronok jugak sebab dapat spend time dengan MAMA, KAK LONG, KAK NGAH, KAK UCUK, KAK LANG a.k.a BIBIK, KAK SU serta jiran tetangga.

sebelum balik UPM on 13 June yang lalu, ntah dari mana datang angin kerajinan yang melampau sampai membuatkan charp melekat je kat dapur tu. mencuba pelbagai resepi untuk santapan ahli keluarga.. berkat sokongan padu abah, mama & adik, dapatlah charp siapkan beberapa hidangan buat mereka.. walau bagaimanapun, sekarang ni masih ditahap beginner. masih belajar untuk menjadi sempurna. GEYTHOO!!

antara cubaan charp:


kek batik


blueberry cheese tart


apam comel


bingka pandan


cupcakes


tapi, ni sume hanya gamba hiasan tau. bukan lah yang sebenar. kalau charp post gamba yang sebenar, ttw la apa yang jadi nanti.. tp ada lagi satu menu yang charp suka makan tapi belum try lagi.. tadaaaaa!!!!

pai tee kegemaran!

da la.. lapa plak rasanya bila cerita pasal makan je.. nanti charp cerita2 lagi la sebab nk buat cheese tart ni..


*teringin nak makan ni!!