Showing posts with label kita bersaudara. Show all posts
Showing posts with label kita bersaudara. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

~CERITERA RAMADHAN : 1~

assalammualaikum.

salam ramadhan, salam keberkatan dan salam usahawan.
ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh setiap umat islam di seluruh dunia. bulan yang suci, mulia dan penuh keberkatan ini tidak lah seharusnya dibiarkan begitu sahaja kerana mungkin ini adalah ramadhan terakhir kita.

jumaat minggu lepas bersamaan 13 ramadhan, charp da beberapa orang rakan berbuka puasa bersama. kitorang blur sebenarnya nk buka kat mana so kitorang decide untuk pergi jusco b.indah dan decide mase tu jugak. seperti biasala kalau dah namanya melayu, susah nk be on time. charp ngan pica da sampai awal tapi tunggu yang lain untuk decide nk makan mana. dengan lenggang kanggungnye mereka sampai dan ckp kitorng x booked kan KENNY ROGERS pon. ok fine! ahaha. mana la charp tahu diorang nak makan kat situ. dengan berat kakinya, kami melangkah ke restoran depannya a.k.a SECRET RECIPE. tapi ade dua lagi ahli yang xsampai2. dimanakah mereka?? adoyai, mmg melayu betul 2. dengan muka yang charp pon ttw nak gambarkan, kami order la apa yang berkenan di hati. sebelum tu, inilah ahli yang memenuhi meja..


baem, mokjul, ijat, pica, charp

sambil tunggu makanan kitorang gossip2 sikitla. alhamdulillah dapat juga berbuka tapi yang lagi 2 orang tu masih xsampai. mana? mana? dan mana????? lebih kurang 15 minit lepas tu, mereka sampai dengan terkedek-kedeknye. rasa macam nk hempuk dengan mangkuk beso tu pun ada.

inilah mereka yang dimaksudkan:


alip & syafiqah

cukup jugak ahlinya. seronok dapat jumpa mereka. lepas semua tension yang bergayut dalam kepala ni. fuh! lega kejap... at the first place, baem nk tunggu diorang ni datang baru nak order (kononnye la). tapi, bile diorang sampai da tinggal 1/4 je makanan baem. baem2, xpayah la gebang memula. borak borak borak. amik amik gamba. dan da tiba masa untuk kami beransur sbb alip pon nak gerak ke KL malam tu jugak. walapon sekejap dan xlama macam selalu, hati tetap gumbira. charp sayang kamu semua!!!!


jejaka yang sibuk mengira duit


KAMI

sekali lagi charp nak ucapkan salam ramadhan kepada semua.


*adik sedara sibuk main ANGRY BIRD!

Wednesday, July 20, 2011

~PESANAN IMAM GHAZALI~

Assalammualaikum..

harapnye semua sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan hati yang tenang dan akal yang terang. entry kali ini berlainan sedikit dengan entry-entry yang sebelumnye. charp tak kan story-story macam biasa. cuma nak beri sedikit perkongsian ja... perkara yang charp nak kongsikan ni mungkin ramai yang dah tahu cuma peringatan semula untuk kawan-kawan dan diri sendiri.

terdapat 6 pesanan dari IMAM GHAZALI kepada anak2 muridnya.

1. MATI - ia merupakan sesuatu yang paling dekat dengan kita kerana itu lah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2. MASA LALU - ia merupakan sesuatu yang paling jauh dengan kita. Apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

3. HAWA NAFSU - ia merupakan perkara yang paling besar di dunia. Jadi berhati-hati lah dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

4. AMANAH - ia merupakan sesuatu yang paling berat di dunia. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." (Surah Al-Azab : 72 )

5. TINGGALKAN SOLAT - merupakan sesuatu yang paling ringan di dunia. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

6.LIDAH - merupakan sesuatu yang paling tajam. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


*manusia akhir zaman