Saturday, April 2, 2011

~TERKEJUT & TERKEJUT & TERKEJUT~

Assalammualaikum kawan-kawan..

fuuuhhh... first of all nak memanjat kesyukuran sebab semua assignment dah siap dibuat dan dihantar. lepas ni tak ada la nak pening-pening kepala ble da sampai due date. tak dinafikan untuk menyiapkan assignment prof norhasni membuatkan kami satu class semacam kegilaan.. so, bila dah siap tu mmg happy gila la.. ada lagi satu assignment yang membunuh gak iaitu kami kena pertontonkan sketsa dr setiap kumpulan.. hari2 berlatih sketsa (dah macam FESTIK pulak). tapi memang memberansangkan lah persembahan dari kumpulan kami.. gembira apabila mendengar gelak tawa classmate yang menonton. gembira dapat menghiburkan mereka dan juga Pn. Wan Anita.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


HRD class 2010/2011 yang disayangi


26 Mac merupakan tarikh keramat bagi kami crew2 FESTARI KOLEJ KEDUA. charp merupakan AJK Publisiti. wow! publisiti lah sangat kan? seronok bekerja untuk festari dan berangan untuk menjadi penari festari tahun depan.. ahahah~ 2 hari sebelum hari kejadian, charp ke UKM dengan beberapa crew yang lain untuk ambil baju yang kami sewa dari sana. agak murah jugak la sewa dengan diorng. esoknya pula, charp dan K.afiq pergi cari tudung untuk penari dekat area MINES tu. OMG! punyalah susah nak mencari tudung itu. tawaflah kami dekat downtown tu. mmg penat la. dah tak boleh tangguh hari lain dah sbb pertandingan nye esok malam sahaja. mmg dah tak ada masa. bila dah jumpa tu, kitorng cepat2 balik kolej. esoknya pula time rehearsal kat panggung percubaan, charp pon hantar mereka dan selepas tu kami lunch bersama2.. ok! seronok! happy! petang tu pulak, charp jadi makeup artis yang tak bertauliah. ahah~ hancur muka kak bib charp buat. sorry kak bib! huhuhu~ dan mereka telah membuat persembahan yang terbaik. sorakan dari penyokong K2 pun tidak mengecewakan. go K2! charp pon dengan ngada2nye ckp kat all the crew and penari yang charp ni MULTITASKING.. ahahah~ but saya sayang kamu semua~



on last tuesday dapat satu call dari pengarah English Drama. dia ckp ada bende yang dia nk bincang dengan charp.. APAKAH?? macam misteri pulak kan?? disebabkan charp tengah ada discussion dengan groupmate, charp jumpa dia agak lewat sikit la. time jumpa dia tu, crew dan pelakon english drama sedang sibuk membuat latihan. dan bermulalah berperbincangan kami. rupanya, dia minta charp jadi one of the actress sbb Kak Amal a.k.a pelakon sebenar ada masalah kesihatan. dan watak itu merupakan one of main character dan tarikh pertandingan adalah ahad minggu depan. fuuuhhhhh.... berfikir...fikir...dan fikir... memikirkan kebaikan dan keburukan menerima tawaran itu dan akhirnya charp terima.. kesian jugak pada pengarah even dia ade lagi 2 orang back up, tapi lagi 2 orang tu pon baru je nak bernafas dengan aktiviti masing2. watak charp ialah HUMINUDUN... cerita ni tentang legend etnik kadazandusun di Sabah. tapi selepas beberapa hari mengikuti latihan, charp rasa charp xmampu nak bawak watak itu.. charp xsehebat orang lain. charp jadi rendah diri dengan pelakon lain sbb diorang suma da hafal skrip. malu pada pengarah, exco dan yang lain2 sebab kena tengok lakonan charp yang kaku tu. OMG! Im so sorry guys! berbekalkan kepercayaan pengarah dan yang lain, charp akan cuba yang terbaik.. by today charp da tak boleh tengok skrip lagi dah.. fuhhh... tapi tetap menerima dengan keredhaan.. kadang kala rasa down pun ada.... pape pun, charp akan try yang terbaik!!!

marilah beramai-ramai menyokong kami~

untuk pengetahuan umum, hari rabu lepas merupakan hari yang charp xnak ingat langsung!!! kenape ea?? charp accident! tapi alhamdulillah lah sebab kejadian itu bukan berpunca dari charp. tapi haru jugak la sebab pintu kereta kemek.. skriting retak dan longgar sikit. charp accident dalam pukol 2.30. pukol 3.30 petang tu charp gerak ke balai polis serdang sebab nak buat report. dalam pukol 4.30 charp ke balai polis seri kembangan cawangan trafik pulak. dekat situ je sampai pukol 6.30. saya sangat penat ok! masalah charp yang skang ni adalah untuk mendapatkan ganti rugi dr saudari yang melanggar kereta charp tu sbb dia refuse nak bayar in the beginning.. charp harap dia pikir balik la tindakan dia tu..

cerita lain pulak la ye.. hurmm. ni cerita terkejut jugak. pada hari jumaat bersamaan 1 April 2011 charp dapat surat dari NATASYA. kak ira yang excited nak baca ni. dia yang bukak dan mempamerkan muka terkejut! kenapa?? rupanya surat perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua. tapi, jawatan yang charp pegang tu langsung tidak pernah ada kena mengena dengan charp sebelum ini. apekah??

EXCO II SEKRITERIAT KEUSAHAWANAN

charp xpernah terlibat dengan apa-apa pun aktiviti sekt keusahawanan sebelum ini.. dan partner charp ialah NAJMI! pada mulanya, hati ini mmg xboleh nak terima. tapi lepas dapat sokongan mama & abah, kawan-kawan kat sini dan kawan-kawan time diploma dulu, charp sedang build up semangat semula. sebenarnya mulai hari itu juga jawatan charp dah berkuat kuasa. hanya mampu minta Allah memusahkan jalan untuk charp menempuhnya. semangat yang tiupkan rakan2 tidak akan charp persiakan. satu bende yang charp rasa nak tergelak dan terharu bila nyuting ckp
"uolz mesti boleh! uolz kan MULTITASKING!"
tiba-tiba teringat zaman kat UiTM dulu masa jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). same je sebenarnya JPK dan MTM ni.


bersama resident staff (RS) dan exco keusahawanan JPK SAB

cerita kali ini pula bukan cerita terkejut. tapi nak selitkan jugak. 28 MAC 2011 yang lalu merupakan birthday salah sorang BILIK TV CREW! happy birthday AIN!!!!! da semakin lanjut usia ko ye. da setaraf dengan IDAH da.. aku doakan kebahagiaan, kemurahan rezeki, kesenangan dalam apa jua yang ko ceburi, dan kejayaan dunia akhirat. dah dapat banyak duit hasil berniaga anda itu, buat2 lah belanja aku kat UPM ni ye.. sekali lagi,

HAPPY BIRTHDAY NUR-AIN FARHANA!!!

*go HUMINUDUN!

Sunday, March 20, 2011

~KECELARUAN~

Assalammualaikum..

diam tak diam dah hampir 3 bulan charp xupdate blog ni.

hai, bz sangat ke charp oi??

ari ini hari isnin bersamaan 21 MAC 2011 bersamaan minggu ke-11. sebenarnya, minggu ke-10 adalah permulaan minggu yang memberi banyak tekanan dari aspek tugasan2 yang diberikan oleh dr.-dr. dan prof.-prof. disebabkan terlalu STRESS, kesihatan juga terganggu. haish...

doktor cakap tekak charp da hampir nak bernanah. ok! xtak kene inject sebab time diploma dulu da pernah kena sekali. walaupon xsakit, tapi melemahkan badan dan membuatkan diri ini lemah untuk menyipkan tugasan yang bertimbun-timbun. nasib baik masih mampu untuk drive ke clinic. tapi disebabkan charp ni TERlalu bijak, charp ngan moshi g clinic Penawar kat Serdang dalam kol 10 malam macam tu. dalam fikiran ni pikir yang PKU xbukak la memalam macam 2. ble dapat je bil klinik 2, amik ko!!! RM70! antibiotik charp je RM30.. mamppppooooo??? menggigil kejap tangan ni nak ulur duit kat akak kaunter tu... malam tu lepas makan ubat, gigih nak buat asgment sbb the next day nak kena anta 2 asgment. merujuk kepada kata2 doktor yang merawat kami bahawa ubat selesema dan batuk yang diberikan tidak akan menyebabkan kami mengantuk. tapi kenapa charp ngantuk jugak???? OMG! nasib baik x zzzzZZZZ je.. dan dengan bangganya, asgment itu selesai jam 4 pagi. TERIMA KASIH.

mungkin kerana STRESS+KESIHATAN yang mengganggu, charp menjadi cepat bengang. hati menjadi ngada2 dan sensetif. setelah perasaan itu sume digaul sehingga sebati dalam hati ini, kekecewaan mula timbul dengan sikap beberapa individu.

OMG! IM NOT SUPPOSE TO WRITE IT HERE! .

mengapa tidak boleh teruskan perbincangan itu tanpa charp? kenapa perlu buat bila disuruh? even charp bukan ketua kumpulan tapi kalau xcakap, xjalan la kerja tu. ape ni korang?? sume da besar. sume pointer nak meletop je tapi mcm orang yang xpernah buat kerja. takkan sume bende charp nak kena pikir & ingat. charp manusia biasa ok guys! sometimes ada bende jugak yang charp xteringat but nape xsorang pon ahli lain yang ingat? kalau ingat pon, baru nak ingatkan time betol2 nak kena anta. ape ni?? mane kerjsama sume?? bukan charp nak cakap charp buat sume sorang, ada jugak yang korang buat sama2. THANX! tapi charp mintak sangat yang korang pon tolong alert dengan benda2 penting macam ni. nasib baik la dapat groupmate yang sangat membantu dalam subjek ANDRAGOGI. kurang sikit tekanan walaupon masih ada yang MAYAT, tapi masih ada lagi yang sama2 buat kerja susah dan senang. thanx korang!!!!

untuk mengurangkan STRESS yang melanda, charp bawak diri ke umah uncle. (bawak diri macam la merajuk beso) charp ngan FAIZAH sngt2 happy kat sana n rase xnak balik campus. melayan keletah adik2 sedara membuatkan kami sngt terlupa tentang keserabutan kehidupan kat campus masing2. pagi petang siang malam ketawa jeh. kesihatan juga bertambah baik sbb makan sume terjaga. walau macam mana pon, asgment tetap xdilupakan. banyak lagi sebenarnya perlu disiapkan. cuma ada beberapa kerja yang menjadi kekeliruan. sekali lagi kekecewaan bertandang apabila kerja yang diselesaikan tidak diperlukan. OMG!!

kenapa dari awal ko xcakap ko nak buat sume?? kenapa dari awal ko xbg kan tugas dengan betol2?? kenapa ko buat aku mcm ni?? kalau aku taw, xpayah aku nk bersengkang mata sampai kol 3 siapkan kerja 2 ok! baik aku buat asgment lain. apa masalah ko sebenarnya?? kalau ada masalah, meh bilik aku n kite bincang! tolong la pikirkan orang kalau nk buat keputusan 2. aku bukan nk bebankan ko! aku bukan nk bebankan ko! aku nak ko belajar buat kerja sbb dah banyak kali da aku dengar orang cakap ko depends ngan aku. aku xkisah la! tapi aku nak ko pon tahu buat kerja. aku bukan nak ko buat perfectly, tapi aku nk ko blaja! kalau xtahu, boleh tanya. aku ttw mcm mana aku nk ckp ngan ko! aku nak sngt tahu masalah ko. tapi setiap kali aku tanya, ko ckp xde pape and act like ko mmg langsung xde masalah dalam buat kerja. kdg2 ko cakap ko paham. tp at the end, ko xpaham jugak n ko xtanya aku pon. pls la pikir ini kerja kump. kalau kerja indi, lantak ko la. aku sayang kawan2 aku. aku xnk ko spoil ok! ko terlalu banyak berangan! pls wake up! aku ttw lagi nak cakap macam mana ngan ko. banyak orang suh aku nasihat kan ko. aku nk nasihat macam mana? aku ttw mcm mana nk slow talk ngan ko. banyak bende ko kne sedar dan ubah kalau ko nk berjaya. aku tahu aku xsepandai ko dalam peperiksaan. tapi 2 bukan alasan untuk ko boleh amik ringan task2 yang lecturer bagi. aku harap ko paham. aku sayang ko! cuma aku xsuke keadaan skang. kalau ko baca apa aku tulis ni, harap ko datang jumpa aku nak bgtahu apa masalah ko.

*18 April nak balik!!!