Wednesday, July 20, 2011

~PESANAN IMAM GHAZALI~

Assalammualaikum..

harapnye semua sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan hati yang tenang dan akal yang terang. entry kali ini berlainan sedikit dengan entry-entry yang sebelumnye. charp tak kan story-story macam biasa. cuma nak beri sedikit perkongsian ja... perkara yang charp nak kongsikan ni mungkin ramai yang dah tahu cuma peringatan semula untuk kawan-kawan dan diri sendiri.

terdapat 6 pesanan dari IMAM GHAZALI kepada anak2 muridnya.

1. MATI - ia merupakan sesuatu yang paling dekat dengan kita kerana itu lah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2. MASA LALU - ia merupakan sesuatu yang paling jauh dengan kita. Apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

3. HAWA NAFSU - ia merupakan perkara yang paling besar di dunia. Jadi berhati-hati lah dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

4. AMANAH - ia merupakan sesuatu yang paling berat di dunia. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." (Surah Al-Azab : 72 )

5. TINGGALKAN SOLAT - merupakan sesuatu yang paling ringan di dunia. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

6.LIDAH - merupakan sesuatu yang paling tajam. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


*manusia akhir zaman

1 comment: