Saturday, August 27, 2011

~CERITERA RAMADHAN : 3~

Assalammualaikum.

salam ramadhan, salam keberkatan dan salam usahawan.
apa khabar kawan-kawan? harapnya semua berada dalam keadaan sihat. almaklumlah, sejak akhir-akhir ni ramai yang xberapa nak sihat. ada yang demam, selsema, batuk, lelah dan macam-macam lagi.

sudah setahun lebih charp tinggalka UiTM Segamat dengan seribu kenangan. jarang sekali dapat jumpe dengan rakan2 time diploma dulu. so, bila start cuti semester ari tu charp ada plan ngan yana untuk jumpe2 sebab rindu dah lama xjumpe. tapi sebab buzy n kena balik UPM, mmg susah nk cari masa yang sesuai. kitorng sepakat untuk berjumpa dan berbuka puasa bersama2. kali ni charp buka puasa kat KENNY ROGERS bersama beberapa member yang lain. charp kene gerak awal sebab nk booked tempat. tak nak la jadi macam hari tu, terpaksa tukar tempat lain sbb KENNY ROGERS da penuh.


~charp & yana adalah yang terawal sampai~


~lepas tu mail pulak yang sampai~


~epul sampai dengan andrew bila dah nak berbuka~


~nazira sampai lewat cikit sebab balik keje~



kitorang makan dan borak2 (mcm biase la kan).. tapi mmg tak henti dengan gelak ketawa. happy sangat dah lama xjumpe mereka. sebelum tu nak bagi taw, makanan sampai agak lewat dalam pukol 8 macam 2. sedey jugak la sebab perut dah bunyik2. dah lepas makan tu, yana kena balik so tinggal kami berlima je la. amik2 gamba sikit. singgap balik kenangan time skolah, form 2 la, form 4 la. macam2! sangat seronok! sangat!! sangat seronok!!!!!

harapnya kita dapat jumpa lagi ye kawan2. ingat! kononnye raya ke-4 nak beraya bersama2. InsyaAllah.

SAYANG KORANG!!!




*rupanya aku xla tinggi sangat.

Sunday, August 21, 2011

~CERITERA RAMADHAN : 2~

Assalammualaikum..


salam ramadhan, salam keberkatan dan salam usahawan.
diam tak diam, Ramadhan semakin hampir dengan penghujungnya. so, macam mana dengan persiapan raya korang?? charp harap semua nya berjalan lancar la ya. kali ini charp nak kongsi sikit tentang kelebihan bulan mulia ini. mesti ramai yang da tahu dan mingkin agak terlambat perkongsian charp ni, tapi charp nak kongsi jugak. seperti yang semua maklum, terdapat beberapa keistimewaan bulan ramadhan ini. check it out!


1. PINTU NERAKA DITUTUP, PINTU SYURGA DIBUKA
"Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dani diikat syaitan-syaitan"
(riwayat al- Bukhari dan Muslim)


2. PAHALA AKAN DILIPAT GANDAKAN
"Segala kebajikan anak adam dilipatgandakan 700 kali ganda. Allah berfirman kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-KU, dan aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makan minum kerana-AKU"
(hadis riwayat Muslim)


3. PERISAI DARI SEKSAAN
"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan mereka"
(hadis riwayat Imam Ahmad)


4. DOA SANGAT MUSTAJAB

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir"

( hadis riwayat al Bukahri Ahmad dan Tarmizi)


5. DIAMPUNKAN SEGALA DOSA YANG LALU

"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosa yang lalu"
( hadis riwayat an-Nasaie)

6. JAUH DARI API NERAKA

"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari api neraka sejauh perjalanan 70 tahun"

(hadis riwayat al- Bukhari)


7. BEROLEH 2 KEGEMBIRAAN

" ....dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan; iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya"
(hadis riwayat al- Bukahari dan Muslim)


8. SYURGA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yg di sebut ar Rayyan: pada hari Kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorangpun melainkan akan memasukinya"
( hadis riwayat al Bukhari)



marilah sama-sama kita manfaatkan bulan mulia ini dengan amalan-amalan yang berlipat ganda. jangan lah sia-sia kan bulan ini kerana belum tentu kita akan menemuinya lagi tahun hadapan. jom layan lagu ni (click sini)


*semoga dipanjangkan umur dan berpeluang melakukan ibadah puasa di rumah Allah




Thursday, August 18, 2011

~CERITERA RAMADHAN : 1~

assalammualaikum.

salam ramadhan, salam keberkatan dan salam usahawan.
ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh setiap umat islam di seluruh dunia. bulan yang suci, mulia dan penuh keberkatan ini tidak lah seharusnya dibiarkan begitu sahaja kerana mungkin ini adalah ramadhan terakhir kita.

jumaat minggu lepas bersamaan 13 ramadhan, charp da beberapa orang rakan berbuka puasa bersama. kitorang blur sebenarnya nk buka kat mana so kitorang decide untuk pergi jusco b.indah dan decide mase tu jugak. seperti biasala kalau dah namanya melayu, susah nk be on time. charp ngan pica da sampai awal tapi tunggu yang lain untuk decide nk makan mana. dengan lenggang kanggungnye mereka sampai dan ckp kitorng x booked kan KENNY ROGERS pon. ok fine! ahaha. mana la charp tahu diorang nak makan kat situ. dengan berat kakinya, kami melangkah ke restoran depannya a.k.a SECRET RECIPE. tapi ade dua lagi ahli yang xsampai2. dimanakah mereka?? adoyai, mmg melayu betul 2. dengan muka yang charp pon ttw nak gambarkan, kami order la apa yang berkenan di hati. sebelum tu, inilah ahli yang memenuhi meja..


baem, mokjul, ijat, pica, charp

sambil tunggu makanan kitorang gossip2 sikitla. alhamdulillah dapat juga berbuka tapi yang lagi 2 orang tu masih xsampai. mana? mana? dan mana????? lebih kurang 15 minit lepas tu, mereka sampai dengan terkedek-kedeknye. rasa macam nk hempuk dengan mangkuk beso tu pun ada.

inilah mereka yang dimaksudkan:


alip & syafiqah

cukup jugak ahlinya. seronok dapat jumpa mereka. lepas semua tension yang bergayut dalam kepala ni. fuh! lega kejap... at the first place, baem nk tunggu diorang ni datang baru nak order (kononnye la). tapi, bile diorang sampai da tinggal 1/4 je makanan baem. baem2, xpayah la gebang memula. borak borak borak. amik amik gamba. dan da tiba masa untuk kami beransur sbb alip pon nak gerak ke KL malam tu jugak. walapon sekejap dan xlama macam selalu, hati tetap gumbira. charp sayang kamu semua!!!!


jejaka yang sibuk mengira duit


KAMI

sekali lagi charp nak ucapkan salam ramadhan kepada semua.


*adik sedara sibuk main ANGRY BIRD!

Friday, August 5, 2011

~FINALLY~

Assalammualaikum..

entry kali ni tiru entry blog mr.ijat (boleh click sini).



it's finally mine walaupon xsetanding dengan mr.ijat & mr.syahir punye GALAXY S2

*byk sangat hp best2 skang